Assalamualaikum
First of all, i would say alhamdulillah for who and where i am today..
next week, most of undergraduate students will enrol themselves for the new semester
well, i am as an unofficially graduated student from uitm,
would wish you:
selamat berjaya
semoga tabah
bila rasa tak mampu, ingat mak ayah
bila bercakap pasal belajar ni, akak (bajet dah tua sebab baru habis belajar, lek laaaaa baru degree)
ada banyak tips untuk adik2..
sebenarnya waktu belajar di uitm selalu rasa paling tua daripada student lain sebab nak habiskan dental school ni 5 tahun kottt...bila dah final year tengok student lain yang hensem or macho sikit "alah, adik adik jer ni"
kenapa tiba2 rasa buat post ni??
sebab recently, my senior, who i really admire her alot, she is the kind of girl who lek lek je study (sebab dia selalu cakap aku rajin belajar & suruh aku relax sudehhh) tapi dia selalu passed and managed to finish all her requirements on time..i really admire her works yang laju..and when i say works, her skill (in dental term la).. she did pm me..she was asking about all the notes during dental school..
katanya menyesal tak kumpul nota
sebab waktu fydo (first year dental officer) you would wanna revise all the knowledges from dental school..
sebab waktu attachment kat mana2 jabatan, the specialists might ask you anything..
mereka mungkin garang atau baik..lebih kurang housemanship untuk med students..
tiba2 dia tanya
senior: macam mana dah habis exam? alhamdulillah settle jugak
me: alhamdulillah tapi bersyarat la..sebab endo molar tak siap..semalam baru siap
(*bersyarat: boleh amik final exam tapi kena siapkan endo molar lepas exam & i got 1 month to finish it)
conversation berterusan where she requested the notes..............
and so on so on so on.....
senior: tapi ok la bersyarat pun at least lepas..yang tak lepas pun its the matter of time je..dentistry ni panjang perjalanan nya...alhamdulillah akak lega dengar orang yang nak berhenti waktu year 3 dulu lepas jugak akhirnya
.
.
.
.
.
ok..to be honest i am not as gifted as some other students
when i need to achieve something, i really need to work hard..when i say work hard, i mean it..
i am not that as smart as a whip or brainy..well SPM pun berapa je..tak sampai 5A pun adik2..hahaha
dulu pemalas...waktu sekolah tak pernah nak belajar..dekat exam baru start nak belek buku
balik sekolah pun mengadap tv sampai la dekat maghrib dengan baju sekolah nya..haha
bila dapat result SPM menangis tak berlagu..haha
lepas tu sambung belajar di kolej matrikulasi kuala pilah negeri sembilan...result pun ok ok ajer la
but alhamdulillah dapat masuk fakulti pergigian..
i dunno if dentistry was really my passion until i was a final year student..why??? let me tell you my short story..
Tahun pertama :
belajar basic medical sciences & oral biology
stress level : 90%
reason : kena study selalu sebab lebih kurang 3-4 minggu sekali akan ada progress test + kena carve bentuk gigi dari lilin + 1st professional exam
Tahun kedua :
belajar basic medical sciences & dental material (the most tough subject so far sebab kena tau materials used in dentistry, their properties chemically, physically, mechanically, biologically and so on) + start buat precinical projects dekat dummies!!
stress level: 95%
reason : kena study basic medical sciences untuk professional exam (tough sungguh subject medical ni) + kena siapkan preclinical projects within the given period + 2nd professional exam
Tahun ketiga :
belajar semua subjects dentistry + human disease + dah start buat treatment kat patient gais!! real patients
stress level: 80%
reason: belajar not really contribute to stress tapi ward round kat hospital (subjek human disease) setiap hari khamis tersangat la stress..kena bangun awal..bertolak ke hospital pukul 6.30 pagi...paling stress ialah bila kena ward round+history taking+performing physical examination..waktu ni la korang akan rasa korang ni medical student...sama macam medical student buat...macam2 patient korang akan dapat kat hospital..
tahun 3 baru2 start buat treatment kat dental patients ok la..tak stress sangat..cuma stress bila kita lambat & orang lain dah dekat separuh penuh requirements..
Tahun keempat :
no more medical subjects..thank God!!!
stress level: 70%
reason: no lahhhh... i enjoy my fourth year.. tambah2 dapat buat minor oral surgery for removal of impacted wisdom teeth..
tapi waktu fourth year ni memang zaman kejatuhan..haha..banyak sangat preclinical projects kena siapkan & tak dibenarkan start buat treatment kat patients selagi tak siap project ni..stress!!! tak bergerak requirements.. dah la jenis yang slow tak laju macam kawan2..tak tahu la ape je yang buat waktu 4th year.. but i really enjoyed going to hospital for OT session (OT - operatio theatre) di mana aku boleh menyaksikan surgery tengah berlangsung di bilik OT.. waktu pergi tu dapat 2 case..
1- ORIF (open reduction internal fixation) for mandibular fracture
2- minor oral surgery for removal of impacted 2 mandibular wisdom teeth
Tahun kelima :
tahun di mana hari2 rasa nak quit (aku je kot), rasa macam mayat hidup
stress level: 200%
kalau boleh tiap2 hari nak nangis..sebab requirements berlambak tak siap...banyak sangat...rasa macam takkan habis on time...
gigi palsu terlampau banyak nak kena siapkan..points untuk tampal gigi banyak lagi nak kena kumpul, cabut gigi tak cukup2... tiap2 hari kena stay lab sampai pukul 7 demi menyiapkan kerja2 lab..senior pernah berpesan jangan tangguh buat kerja lab..but thats what i did..waktu 3rd & 4th years malas gila nak stay lab..bila kerja lab bertanggung, tak dapat nak panggil patient, so plan akan lari...
tapi usaha tetap usaha..sampai ke hari terakhir usaha...
dalam dentistry ni ada beberapa jenis orang:
1- yang pandai, berilmu pengetahuan dan gifted dari segi kepintaran nya
2- yang gifted dari segi skill, buat apa2 dental lab or clinical procedures semua nya jadi je..smooth je...aku ni kadang ada naik turun nya...kadang kerja tak jadi, supervisor suruh redo atau repeat procedure
3- yang ada kedua-dua no 1 dan no 2..perfect combination
4- ada yang not that skillful tapi pandai cari peluang
tahun 5 ni la baru terpupuk perasaan akan cinta dan minat kepada dentistry..sebab dah terlalu banyak jumpa patient dan buat treatment dalam masa yang amat terdesak..aku dapat belajar buat klinik dengan laju..setiap procedure yang aku buat tu sangat aku hargai..atas usaha yang sangat gigih dan tanpa henti ni la aku berjaya memuaskan hati ramai patients dan memuaskan hati diri sendiri bila usaha dan kerja kita membuahkan hasil dan mendapat positive feedback dari patients dan lecturers..
so back to the tips::
tips..tips...tipsy yeahh tips
1- RAJIN BELAJAR
in dentistry, apa yang paling penting ialah RAJIN..i repeat RAJIN..
my lecturer once said, dentistry ni exam tak penting mana..tapi skill tangan tu yang penting..
tapi jangan tak belajar pulak..
eh kau jangan..nak buat apa treatment kat patient kena study dulu..kang, tak ingat procedure la, tak tahu la..malu dengan patient weh..tak pasal2 kena marah lecturer..kalau tak tahu pun cover2 sikit tanya kawan dulu..jangan tanya depan patient..
apa2 pun skill boleh gilap..its ok kalau tangan tu tak berseni mana..tapi prove to your lecturers that you ada usaha..kalau lecturer nampak kau ada ilmu & ada usaha, lecturer tanpa segan silu akan tolong kita kat klinik...study lebih2 sikit pasal procedure nak buat kat patient esok nya tu.. tunjuk kat lecturer yang kita tahun ilmu tentang apa yang kita nak buat tu..
so that bila lecturer tanya soalan, you know how to defend yourself..
2- RAJIN BERTANYA
undoubtedly & frankly speaking that aku ni memang malas belajar sejak azali
dah degree pun tahap kemalasan belajar masih teruk..even lagi teruk dari matrik dulu..hehe
tapi aku ni jenis yang suka bertanya..well slow tu memang la slow..tapi semangat suka bertanya tu membantu sedikit sebanyak menyiapkan requirement..
selalu cari kawan yang memang dah laju ke depan buat kerja..
aku selalu akan bertanya kawan2 yang laju nih..contoh nya nak buat post and core, disebabkan malas sangat nak study, 2-3 hari sebelum panggil patient dah start whatsapp2 kawan yang dah pernah buat..tanya macam mana procedure, nak pakai material apa, apa soalan lazim yang lecturer akan tanya..so aku akan automatically study dan buat short note sikit.. tapi ingat, tips ni applicable untuk orang yang bukan study constantly macam aku..lecturer boleh tanya pelbagai soalan..so, waktu study tu cover scope luas sikit la..
contoh nya, nak buat cabutan gigi:
jangan study macam mana nak cabut gigi tu aje..anda perluaskan sikit ilmu yang kena study:
- pakai alat apa untuk gigi apa..pastikan yang betul..
- kedudukan patient dan diri kita..position penting untuk cabtan gigi yang berjaya
- study pasal patient: balik bilik study sikit patient ada masalah kesihatan apa2, any precaution kena amik untuk patient yang ada certain medical problem, ubat apa yang boleh dan takk boleh bagi untuk patient yang macam mana, & so on..
- kenapa pilih untuk cabut gigi tu daripada menyelamatkan a dari dicabut: study indication & contradication for dental extraction
- apa possible problem yang akan berlaku lepas cabut gigi
- instruction apa yang kena bagi kat patient lepas cabut gigi.. the DOs & DONTs
- tahu macam mana nak bagi ubat.. berapa gram? berapa kali sehari? ubat tablet atau cecair..
ni la penting nya bertanya..tanya kawan2 soalan lazim yang bakal ditanya oleh lecturer untuk any particular dental procedures..
3- PANDAI CARI PELUANG
semestinya!!
tapi akak dulu tak pandai cari peluang dikk..tak pandai sangat la..lurus bendul sikit..
sedar pasal benda ni pun dah hujung2 semester, waktu diri ni dah macam mayat hidup..
untuk cara ni kena berusaha sikit la..rajin2 diri tanya kawan dari group lain ada dental chair lebih ke tak..kalau ada lebih / free dental chair, kau join je group tu buat klinik..tapi jangan selalu sangat.. nanti budak group tu akan annoyed ngan kita..ye la..maybe ahli group tu ada plan tersendiri untuk majukan groupmates mereka..dengan syarat, kita tak mengganggu ahli group lain & kita dah minta supervisor kita untuk join group lain & waktu tu kita tengah free dari klinik lain..supervisor kita mungkin kurang setuju kita escape dari group/klinik yang tengah on untuk join klinik lain..
contohnya:
group A: klinik prosthodontik
group B: klinik operative
student dari group B mesti minta izin supervisor dari both groups &both groupmates untuk join group A & dengan syarat lagi budak group B dah stabil atau dah habis requirement operative..vice versa..
4- HARGAI MASA
1 sesi klinik lebih kurang 3-4 jam..so, manfaatkan masa tu sepenuhnya..
kalau boleh satu sesi tu panggil la 2-3 patients..kalau panggil satu patients je rugi..kita pun akan lambat..
tapi bergantung kepada procedure yang nak dibuat..kalau buat endodontic / root canal treatment, memang 1 sesi 1 patient la..
klinik yang mungkin anda boleh panggil ramai patient:
OS (oral surgery) - maximum 3 patient boleh panggil untuk cabutan gigi, unless buat minor oral surgery untuk gigi bongsu yang terbenam atau tumbuh separuh..yang ni 1 sesi 1 patient je
PROSTHODONTICS - klinik untuk buat prosthesis/gigi palsu..maximum 3 patient, once again depends on the procedure...study dulu procedure nya..& tengok kemampuan skill kita..kalau boleh buat kerja dengan cepat dan yakin terus menjadi boleh panggil patient lebih
ORTHODONTICS - klinik untuk buat removable appliance/retainer & screening patient untuk pakai braces..tambah tolak waktu untuk amik impression & present case, maximum: 4 patients
klinik2 lain boleh cuba...semuanya bergantung atas kemampuan kita, ketepatan waktu patient datang, kerjasama dari patient dan partner kita time klinik..
5- CREATE RAPPORT WITH PATIENTS
creating rapport means creating a relationship of mutual understanding or trust and agreement between people..
kadang2 rezeki kita dapat patient yang datang awal, tepat pada waktu, ada yang datang lambat, ada yang garang, ada yang rasa2 pengetahuan lebih dari kita..mohon bersabar..
dulu pernah dapat patient yang garang..apa yang kita nasihat dia tak nak dengar..last2 dia bangun & blah camtu je..jangan sedih..cepat2 ganti dengan patient baru..
in terms of creating rapport, sebelum start treatment, sapa patient dengan sopan santun, tanya "dah makan ke?", "sihat ke?"..nanti patient pun suka datang buat treatment dengan kita..kalau patient selalu datang lambat, jangan dimaki pulak..bagitahu dengan lemah lembut dan sopan suruh datang awal..nanti lambat start, lambat la siap..lagi banyak kali patient kena datang..
study..study..& study sebelum panggil patient..so that nanti bila patient tanya, kita boleh menjawab dengan yakin & berilmu..patient pun akan yakin & percaya dekat kita..
dia pun mula la duk recommend dekat kawan2 & saudara mara untuk buat treatment dengan kita..haaaa..see gais..
6- SELALU CALL PARENTS
duk stress2 belajar jangan la lupa call mak ayah pulak
cerita sedikit sebanyak kot2 ada masalah ke..kongsi kesedihan & kegembiraan..
minta mak ayah doakan kejayaan kita, doakan supaya segala urusan dipermudahkan, dapat grad on time
inshaAllah..berkat tu berkat
dulu2 banyak kali nak quit..start dari tahun 3 dah rasa nak quit..tahun 5 paling dahsyat..selalu call mak sambil menangis sebab dah tak mampu nak habiskan dentistry ni..even kalau cerita sekali pun mereka tak faham, tapi mereka boleh doa..
7- BERBAIK2 DENGAN PARTNER KLINIK
dekat uitm ni, klinik dijalankan 4-handed..bermakna kita buat klinik dengan partner kita..bila kita jadi operator, dia jadi assistant..bila dia jadi operator, kita pulak yang jadi assiatant..
hanya partner kita yang betul2 tahu progression klinik & requirements kita..
selalu bekerjasama & tolong menolong la dengan partner..jangan kita kiasu dengan partner yang banyak menolong kita..contohnya, kalau waktu klinikk yang kita boleh panggil ramai patient, kita panggil satu, partner kita panggil satu dalalm satu sesi..baru la requirement kita dengan partner kita ada progression..
jangan berkira sangat sesi klinik dengan partenr..kita kan sama2 nak grad on time..
elakkan berlaku konflik dengan partner..biasa la tu ada konflik..
aku dulu beberapa kali jugak ada konflik dengan partner..ye la mungkin cara dia dengan cara kita handle klinik lain..kalau ada konflik atau sebarang ketidakpuasan hati, cepat2 confess..cepat2 luahkan yang sebenar..cepat2 minta maaf dan memaafkan antara satu sama lain...nanti susah kau nak buat kerja esok lusa kalau dengan partner klinik kau bergaduh..
amik tahu pasal masalah partner regarding klinik..kalau partner ada masalah dengan certain klinik, kita bantu..contoh nya partner kita tak cukup patient untuk cabutan gigi, kita pun kena berusaha cari kan patient untuk partner kita...jangan kita sorang yang laju ke depan..partner ditinggal..
plan klinik setiap hujung minggu dengan partner sebelum start minggu baru..plan berapa patient nak panggil, sesi sape, sape lagi memerlukan sesi untuk any particular clinics, start calling patient awal2 (kalau boleh seminggu awal) dan kalau patient kita ada problem untuk datang or tak boleh datang terus bagitahu partner so that partner kita boleh tolong cover kan sesi klinik dengan patients dia..nanti deal la dengan partner untuk ganti mengganti sesi
8- MASUK COMPETITION
masuk competition ni membawa untung sebenarnya..contohnya ada competition composite build up, join la competition tu..nanti akan ada lecturer yang supervise kita dan bantu kita..case yang kita buat untuk competition tu akan dikira sebagai requirement..
yang untung nya masuk competition ni tak ganggu klinik kita..supervisor kita akan book bilik specialist untuk kita siapkan competition tu..case yang kita buat untuk competition tu, supervisor akan masukkan point tu ke dalam logbook kita..nanti kat klinik kita dah tak payah susah2 nak kejar point sangat berbanding student lain..dulu aku tak masuk pun competition..aku cakap based from senior & kawan aku yang masuk comeptition tu/
rasanya setakat ni, ni je la tips yang agak berguna untuk dental students & future dental students..
sekian...
No comments:
Post a Comment